BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

what the time is???

Mr Black & Mrs White anniversary

06-06-2004 :sixs yers:

Friday, December 3, 2010

Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah



korg penah tgk x ‘Zombi Kampung Pisang’ kalo pnh ni lah cerita yg bakal mendpt ranking di hati aku iaitu sambungan nya ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan buat korg sbb zomba dulu pon aku cuak gak ekekke :P

ok ni sinopsisnya aku bg la skit supaya korg dpt g penuhkan pawagam yg berdekatan :P 

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,

Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.

Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? teng teng :P hantu mak limat atau hantu halimah jongang hahhaha undaik kate org rawa *_*

Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? jeng jeng jeng!!!!!!
mari kita g tgk la ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah.

2 comments:

sndnie said...

ko dh tgk ek?

Murni Hj. Mokhtar said...

belom g.. tp gaya cam best je. sbb yg dulu best.. aku ngan nad sampi pecah perot la tgk :P