anak buah ada kat rumah – dan seperti biasa dia sering memecah kepala ini dengan berbagai soalan. Perdebatan kami kadang² berlarutan sepanjang hari jika jawapan saya tidak memuaskan hati.
Semalam dia balik terawih dan tanya ” solat witir solat ganjil – biasanya kita buat 3 rakaat – 2 + 1 , 2 rakaat salam dan satu rakaat salam……..boleh tak kalau kita buat 1 + 2 , satu rakaat salam dan 2 rakaat salam”
Berbagai²lah debat kami , masih tak puas hati. Sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) atau 3 rakaat sekaligus dengan 1 tahiyyah dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. Saya cadangkan esok waktu solat dia bertanya terus kepada imam di surau.
” Tadi kite dah tanya imam… tapi tanya hal lain”
Dia tanya imam kenapa selepas solat dan waktu berdoa, imam ubah kedudukan 90° ke kanan mengiring mengadap makmum.
Saya pun tak sabar nak tunggu jawapan 2+1 dengan 1+2 ni…
Sahur tahun lepas , dia tanya saya
Kenapa Amerika tak guna Bahasa Amerika, kenapa guna Bahasa Inggeris?
0 comments:
Post a Comment